Sabtu, 9 Mac 2013

Setiap Pekerjaan Adalah Satu Ibadah.

Oh My God sales target aku bulan March sudah cukup , Alhamdulillah x payah pening-pening lagi untuk menjawab dengan pihak atasan .

Sebenarnya bukan senang  duduk di dalam office Sales & Marketing department ,yang harus mencari revenue yang banyak yang terpaksa lupakan tentang kehidupan harian , family , masa yang tak menentu , bercuti dan berbagai-bagai lagi . Kami terpaksa memikirkan perut 80 rakan sekerja kami yang lain yang hendak mencari rezeki di Park Avenue tu . Sales & Marketing Department ni umpama jantung  kepada pihak syarikat kerana hasil keuntungan semuanya dari sales team. Kami umpama  ibu dan bapa yang keluar mencari rezeki untuk anak-anak di rumah , berat sangat tugasan kami sebenarnya kerana terpaksa bergadai nyawa di jalan raya setiap hari . Begitu juga dengan sales teams hotel-hotel lain yang juga jalani kehidupan seperti kami .

Bayangkan kepenatan kedua ibu bapa kita keluar mencari rezeki untuk keperluan kehidupan , disini juga kami seolah-olah seperti ibu bapa kamu semua wahai warga Park Avenue . " OH MY GOD MEMANG MENCABAR " , Tapi dengan sokongan rakan-rakan sekerja dan pihak atasan kami bersedia korbankan diri untuk mencapai matlamat syarikat.

PARK AVENUE HOTEL SUNGAI PETANI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan