Dapat special price dari nurul.
Sila hubungi saya segera ( Nurul 019 4916 777 )
Jumaat, 22 Mac 2013
Sabtu, 9 Mac 2013
Setiap Pekerjaan Adalah Satu Ibadah.
Oh My God sales target aku bulan March sudah cukup , Alhamdulillah x payah pening-pening lagi untuk menjawab dengan pihak atasan .
Sebenarnya bukan senang duduk di dalam office Sales & Marketing department ,yang harus mencari revenue yang banyak yang terpaksa lupakan tentang kehidupan harian , family , masa yang tak menentu , bercuti dan berbagai-bagai lagi . Kami terpaksa memikirkan perut 80 rakan sekerja kami yang lain yang hendak mencari rezeki di Park Avenue tu . Sales & Marketing Department ni umpama jantung kepada pihak syarikat kerana hasil keuntungan semuanya dari sales team. Kami umpama ibu dan bapa yang keluar mencari rezeki untuk anak-anak di rumah , berat sangat tugasan kami sebenarnya kerana terpaksa bergadai nyawa di jalan raya setiap hari . Begitu juga dengan sales teams hotel-hotel lain yang juga jalani kehidupan seperti kami .
Bayangkan kepenatan kedua ibu bapa kita keluar mencari rezeki untuk keperluan kehidupan , disini juga kami seolah-olah seperti ibu bapa kamu semua wahai warga Park Avenue . " OH MY GOD MEMANG MENCABAR " , Tapi dengan sokongan rakan-rakan sekerja dan pihak atasan kami bersedia korbankan diri untuk mencapai matlamat syarikat.
PARK AVENUE HOTEL SUNGAI PETANI.
Suratan takdir sigadisemasputih
Kesukaran melafazkan
Pengucapan perpisahan
Kepada yang tercinta
Tapi terpaksa ku lakukan
Keranaku tidak mahu
Terus berpura - pura
Usahlah ku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir
Tak terlintas di hati ini
Untuk aku jatuh cinta lagi
Tapi takdir yang menentukan
Memang pernah ku berjanji
Kau yang pertama dan terakhir
Tetapi kau mungkiri
Tidak dapat ku terima
Dua cinta di dalam hati
Maafkanlah ku sayang.
Khamis, 7 Mac 2013
Kesabaran Itu Indah
Kesabaran itu sebenarnya sangat indah walaupun orang sekeliling kita mengatakan kita bodoh tetapi percayalah jika kita tanamkan sesuatu yang baik dan ikhlas dalam hati kita pasti Allah akan berikan jua akhirnya walaupun pemberian itu cepat ataupun lambat . Sebenarnya Allah nak menguji sampai tahap macam mana kita sebagai hambaNya kuat untuk menempuhi dugaan dan ujian dariNya. Jikalau kita mampu untuk tempuh dugaan yang amat berat ataupun ringan bermakna kita lulus ujian dariNya.
Tidak sia-sia sebenarnya aku bersabar selama ni . kat sini aku nak kongsi sesuatu setiap apa yang aku perlukan Allah tetap tuniakan walaupun lambat , Alhamdulillah sangat-sangat .
Ingat hati kena ikhlas sangat-sangat walaupun didepan orang kita garang macam singa tapi jangan terlalu ikutkan hati kadang-kadang kita harus redha dengan segala permasalahan yang datang . Biarkankan orang kata apapun pada kita buat slumber jer jangan pedulikan .ingat benda yang paling penting dalam hidup ni buang yang negative ambil positive.
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan , kelaparan, kekurangan harta , jiwa dan buah-buahan . Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar . ( AL -BAQARAH :155 )
Jumaat, 1 Mac 2013
Harapan
1.Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa.
2. Perempuan hanya mampu marah sehingga pada satu tahap dia hanya mampu untuk mengalirkan air mata.
3. Perempuan kekuatannya ialah kesabaran, jika kesabaran dia hilang , pasti dia akan marah , jika marah dia pendam , pasti akhirnya dia terpaksa redha n menangis .
Rabu, 27 Februari 2013
Jalani Hidup Apa Adanya
Keadaan dunia ini penuh kenikmatan , banyak pilihan , penuh rupa , banyak warna . Semua itu bercampur -baur dengan kecemasan dan kesulitan hidup . Dan anda adalah sebahagian da3i dunia yang berada dalam kesukaran .
Anda tidak akan pernah menjumpai seorang ayah , isteri , kawan , sahabat , tempat tinggal ,atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan . Bahkan , kadangkala justeru pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak anda sukai . Maka dengan itu , padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya . Itu kalau mahu selamat dengan adil dan bijaksana . Kerana setiap luka ada harganya.
Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hati yang saling berlawanan , dua jenis yang saling bertolak belakang , dua kubu yang saling bertentangan , dan dua pendapat yag ber-tentangan ; yang baik dengan yang buruk , kebaikan dengan kerosakan , kebahagiaan dengan kesedihan . Dan setelah itu , Allah akan mrngumpulkan semua yang baik, kebagusan dan kebahagiaan itu di Syurga . Adapun yang burul , kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di Neraka .
Dunia adalah terlaknat . Semua yang ada di dalamnya terlaknat , terkecuali zikir ( ingat ) kepada Allah , perbuatan yang dicintai Allah , dan sesuatu yang dapat mendekatkan hamba kepadaNya , serta orang yang berilmu atau orang yang mempelajari ilmu yang bermanfaat .
( Al-Hadith ).
Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada , jangan larut dalam khayalan dan jangan anda menerawang ke alam imaginasi .Hadapi kehidupan ini apa adanya . Kawallah jiwa anda untuk dapat menerima dan menikmatinya! Bagaimanapun, tidak mungkin semua teman tulus kepada anda dan semua perkara sempurna di mata anda. Sebab , ketulusan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia .
Bahkan , isteri anda pun tidak akan sempurna di mata anda . Maka kata Hadith :
Janganlah seorang mukmin membenci wanita mukminah ( yang menjadi isterinya ) , kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya , tentu dia akan menyukai perangainya yang lain .
Adalah sayugianya apabila kita merapatkan barisan , menyatukan langkah , memaafkan dan berdamai kembali , mengambilkan hal-hal yang mudah kita lakukan , meninggalkan hal-hal yang menyulitkan , menutup mata dari beberapa hal untuk saat-saat tertentu , meluruskan langkah dan mengasingkan berbagai hal yang mengganggu.
DON'T BE SAD
Selasa, 26 Februari 2013
Tak Salah Berkongsikan . " Don't be Sad "
......dan jika kamu menghitung -hitung nikmat Allah , Allah , nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..... ( Ibrahim :34 )